Abang Johari tangkis pandangan negatif pembinaan padang terbang Kapit 0 5934

KUCHING: Meskipun mendapat kritikan hebat, kerajaan Sarawak tetap meneruskan pembinaan padang terbang di Kapit sejajar dengan matlamat membangunkan sektor pertanian dan pelancongan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dua sektor itu berperanan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan tersebut.

“Apabila saya mengumumkan untuk membina landasan terbang di Kapit ada yang mengkritik saya dan mempersoalkannya.

“Pada satu ketika dahulu, waktu Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika Perdana Menteri keempat) membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) orang juga mempertikaikan dan lihat kini apa berlaku kepada KLIA.

“Perkara yang sama berlaku kepada lapangan terbang Bario dahulu tetapi kini Bario berperanan penting dalam sektor ini bahkan memohon untuk diperbesarkan lagi (padang terbang) dengan pesawat lebih besar,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-11 Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di sini, hari ini.

Hadir sama dua timbalan ketua menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum.

Menjelaskan lanjut, kejayaan dua contoh itu menunjukkan rancangan membina padang terbang di Kapit merupakan tindakan yang betul.

Begitu juga rancangan untuk membina padang terbang di Bukit Sadok, Betong yang diumumkannya sebelum ini.

Pengangkutan udara menurutnya amat penting dalam memasarkan produk pertanian kerana ia perlu disegerakan agar tidak rosak.

Antara produk pelancongan berpotensi dibangunkan di Bahagian Kapit ialah Empangan Hidroelektrik Baleh.

Dalam tempoh 10 tahun lagi, jelasnya, ia berupaya menjadi daya tarikan pengunjung, sekali gus akan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonominya.

Pada Selasa lepas, beliau yang mengadakan lawatan ke Kapit mengumumkan kerajaan negeri meluluskan pembinaan lapangan terbang di daerah Bukit Mabong di bahagian itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news