Dua lelaki ditahan, polis jumpa pedang samurai dan kerambit dalam kereta 0 6944

SIBU: Dua lelaki berumur 26 dan 24 tahun yang berada dalam pengaruh dadah ditahan selepas polis menemukan kereta yang mereka naiki dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sungai Bidut sekitar jam 12.30 tengah hari.

Hasil pemeriksaan mendapati plat pendaftaran kenderaan yang dinaiki dua suspek tersebut adalah palsu dan turut ditemui sebilah pedang samurai di tempat duduk belakang serta kerambit di but belakang kereta dirampas oleh pihak polis. Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sg. Merah untuk tindakan selanjutnya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news