Abang Johari tidak akan berganjak pertahankan hak Sarawak 0 5870

SRI AMAN: Tidak akan berganjak walau seinci pun.

Itulah jaminan Ketua Menteri dalam usahanya untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau tidak akan membuat keputusan sendiri berkaitan isu minyak dan gas bagi mengelak berlakunya pisang berbuat dua kali.

“Kita dalam GPS bertekad mempertahankan hak Sarawak diberi balik kepada rakyatnya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jerayawara GPS Zon Enam di Pekan Pacau di sini, semalam yang dihadiri 5,000 orang.

Abang Johari berkata beliau perlu menjelaskan kedudukan sebenar kerana ada pihak mendakwa perkara itu diputuskan oleh beliau sendiri.

“Saya tidak akan buat keputusan sendiri. Saya akan laporkan balik kepada DUN,” katanya.

“Saya tak akan berganjak walau seinci berkaitan syarat minyak dan gas,” katanya lagi.

“Saya mewakili rakyat Sarawak dan saya akan beri maklum balas kepada rakyat,” jelas beliau.

Kata Pengerusi GPS itu, beliau berazam kuat untuk mempertahankan dan melindungi hak Sarawak. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news