MIRI: Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam Persekutuan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Kerajaan Negeri turut mengikut langkah yang sama.
Sarawak turut memberi kenaikan gaji tahunan khas sekali ganda untuk kakitangan awam negeri ini berkuat-kuasa serta-merta.
Abang Johari selepas merasmikan pembukaan Pameran Sejiwa Senada di Miri berkata, kenaikan gaji berkenaan kini diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menguruskannya.
Bagaimanapun, kenaikan gaji kakitangan awam di seluruh negara itu berkuat kuasa 1 Julai akan datang. –Sarawakvoice
Foto : Facebook