Abg Johari janji ringankan beban kos sara hidup rakyat 0 5568

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri ini seperti dilakukan bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak di bawah pimpinan beliau akan mengekalkan kadar pengurangan cukai rumah, penghapusan tol dan pengurangan tarif elektrik serta menurunkan tambang feri kepada RM1 yang dilaksanakan semasa era Tok Nan.

“Saya akan meneruskan dasar ini selagi saya menjadi Ketua Menteri Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Malam Harmoni bertemakan “United We Stand” anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di Kota Sentosa Square di sini semalam.

Beliau seterusnya berkata kerajaan negeri akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta pengunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

 

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus mengiktiraf sekolah kebangsaan bantuan bahasa Cina dan pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan RM7 juta bagi sekolah-sekolah berkenaan di Sarawak.

Jumlah itu adalah pertambahan RM1 juta daripada yang diperuntukkan pada tahun lepas.

Abang Johari berkata bahasa Mandarin adalah penting kerana ia merupakan bahasa perdagangan, khususnya ketika negeri ini sedang mempertingkatkan perdagangannya dengan China.

Menyentuh berhubung keharmonian, beliau berkata semangat itu sudah sekian lama dipraktikkan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini, dan seharusnya dikekalkan.

Mengenai pembangunan di Sarawak, beliau mahu semua pemimpin negeri ini lebih kreatif dan bekerjasama membangunkan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news