Ada timbalan menteri minta mansuh hak Imigresen Sarawak – Abang Jo 0 6502

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mendakwa wujudnya usaha yang mahukan hak Imigresen Sarawak dimansuhkan.

Abang Johari berkata cadangan itu disampaikan kepadanya oleh seorang individu bergelar ‘timbalan menteri’ dari Semenanjung baru-baru ini.

“Ada seorang pemimpin, level timbalan menteri datang kepada saya meminta kita (Sarawak) supaya memansuhkan hak Imigresen. Individu itu berkata kepada saya sudah tiba masanya bagi kita (Sarawak) tidak mengawal Imigresen.

“Saya tak setuju. Hak Imigresen adalah perkara yang harus kita pertahankan kerana kuasa Imigresen adalah kuasa kita sepertimana termaktub di dalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia (MA63),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, Sarsawak, semalam.

Mengenai mesyuarat hampir tiga jam itu, Abang Johari berkata anggota Majlis Tertinggi PBB berbincang serta mengenal pasti Belanjawan 2019 yang diumumkan semalam untuk mengatur mekanisme penerangan serta pembangunan yang akan dijalankan di negeri ini.

“Tadi kita berbincang mengenai belanjawan Persekutuan yang diumumkan semalam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), kita berterima kasih kerana diberi peruntukan berjumlah RM 4.3 bilion itu, tetapi kita tidak tahu butir projek yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan berkenaan,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13006

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news