Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur, Sabah, Sarawak 0 6291

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Selasa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Selasa,” kata jabatan itu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kategori kedua dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km sejam serta ketinggian ombak sehingga 4.5 meter yang dijangka melanda kawasan perairan timur Condore dan barat Reef North bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13023

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12494

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news