Adib tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung 0 6266

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang parah selepas dipercayai dibelasah kumpulan perusuh dalam insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya baru-baru ini, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, kini tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, bagaimanapun Muhammad Adib masih menggunakan mesin sokongan pada bahagian paru-parunya.

“Saya dimaklumkan oleh doktor pakar yang merawatnya bahawa jantung Adib sudah boleh berfungsi dengan sendiri.

“Pihak Institut Jantung Negara (IJN) telah menanggalkan mesin sokongan di bahagian jantung pada pukul 11 pagi ini (semalam) dan keadaannya masih lagi kritikal tetapi stabil,” katanya ketika ditemui pada perlawanan bola sepak amal JBPM Selangor dan Road Malaysia Celebrity (RMC) di sini semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh RMC bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga enam anggota bomba yang lemas di Puchong pada bulan lalu dan juga untuk keluarga Adib.

Mohamad Hamdan menambah, pihak polis sudah mengambil keterangan lapan anggotanya pada Jumaat lalu.

“Kesemua anggota yang berada di lokasi kejadian sudah diambil kenyataan oleh pegawai penyiasat di IJN.

“Siasatan kes tersebut kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bomba tidak akan mengeluarkan sebarang keterangan yang boleh menganggu proses siasatan berkenaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news