ADUN GPS Turun Padang Jumpa Rakyat 0 5955

Pendekatan turun padang dilakukan berterusan untuk menziarahi bertemu rakyat, memantau projek yang sedang dan akan dilaksanakan untuk kesejahteraan warga kawasan.

Pada 7 Februari, YB Abdullah Haji Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) yang merupakan Ahli DUN N42 Semop berada di Daro untuk menghadiri RTP Coordination Meeting di Pejabat Daerah, Daro pada keesokannya 8 Februari.

Program lawatan kerja YB Abdullah Haji Saidol ke beberapa kampung dan rumah panjang dalam kawasan bermula disebelah petang 8 Februari hingga 10 Februari, iaitu ke Kpg.Kut, Bekakong dan Rh Anggok, enam buah rumah panjang di Semareng, dan Sg Sian, Bintangor.

Ruang dan peluang warga kampung dan rumah panjang untuk suarakan masalah dan aspirasi bersama, dengan mendekati serta berinteraksi dengan wakil rakyat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13117

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news