Penduduk Palestin terpaksa teman anak ke sekolah 0 5631

HEBRON: Penduduk Palestin di bandar Hebron terpaksa menemani anak ke sekolah, semalam, untuk melindungi anak mereka daripada pendatang Yahudi, susulan pengunduran pasukan pemerhati antarabangsa.

Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau tidak akan melanjutkan Kehadiran Antarabangsa Sementara di Hebron (TIPH) kerana ia erat sebelah. Misi itu meninggalkan wilayah Tebing Barat yang dijajah itu, 31 Januari lalu.

Pasukan itu ditubuhkan selepas insiden pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin pada 1994 dan pihak berkuasa Palestin memberi amaran bahawa pengunduran pemantau antarabangsa itu akan meningkatkan penderaan oleh pendatang Yahudi di bandar terbabit.

Penduduk Palestin daripada Beliau Penentang Penempatan Haram menemani kanak-kanak ke sekolah dengan memakai jaket tertulis perkataan ‘pemantau’ dalam bahawa Inggeris, Arab dan Hebrew.

“Hari ini kami memulakan kempen tempatan merekodkan salah laku terhadap kanak-kanak ke sekolah di kawasan ini yang mempunyai ramai pendatang haram Yahudi dan tentera penjajah Zionis.

“Kami tidak akan menggantikan pemerhati antarabangsa, tetapi akan melakukan yang termampu memastikan kanak-kanak dapat ke sekolah,” kata wakil pertubuhan itu, Issa Amro.

Menurut wartawan pertengkaran kecil berlaku dengan pendatang haram Yahudi, penduduk Palestin dan tentera, ketika kanak-kanak berjalan ke sekolah. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news