Ahli astronomi kenal pasti 2,000 bintang yang boleh dihuni 0 6239

SEPASUKAN ahli astronomi berjaya mengenalpasti hampir 2,000 bintamg untuk dikaji sebagai satu habitat baharu manusia, seperti bumi.

Pakar dari Universiti Cornell, Lehigh dan Vanderbilt menyempitkan carian mereka daripada 250,000 bintang dengan menggunakan satelit Surveil Exoplanet Survei NASA (TESS) yang mampu mengimbas 85 peratus ruang angkasa.

IKLAN
“Harapan kami bukan sahaja untuk mengesan planet-planet seperti bumi dalam sistem suria lain, tetapi mahu mencari yang ada di sekitar sistem suria kita.

–– ADVERTISEMENT ––

“Dalam beberapa tahun. kita mungkin boleh mengenalpasti bahawa ada habitat lain di luar sana dengan atmosfera yang kita boleh bernafas,” ujar Keivan Stassun yang juga seorang profesor fizik dan astronomi.

Antara faktor utama untuk pencarian NASA untuk eksoplanet yang boleh dihuni adalah kedekatan mereka dengan bintang pengorbit serta jenis bintang.

“Kami tidak akan tahu sama ada terdapat apa-apa, atau sesiapa pun yang hidup di sana. Namun, ini adalah masa yang luar biasa dalam sejarah manusia dan jurang yang besar untuk pemahaman kami tentang alam semesta, ” kata Stassun lagi.

Tahun lepas, TESS dilancarkan pada misi dua tahun yang mana ia akan memetakan 26 segmen langit.

Pada tahun pertama operasi, ia memetakan 13 sektor yang membentuk langit selatan dan tahun ini, ia akan menjejaki sektor utara.

Peranti berkuasa tinggi yang dilancarkan oleh roket dari SpaceX Elon Musk, berkongsi imej pertamanya pada bulan Ogos tahun lepas. – Daily Mail.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news