‘Wonderful Indonesia’ bakal gegar Tebingan Kuching 0 6326

PESTA ‘Wonderful Indonesia’ buat julung kalinya bakal berlangsung di Tebingan Kuching (Sarawak) pada 29 hingga 31 Mac ini.

Jurucakap penganjur Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, pesta tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran, jualan makanan serta expo kraf tangan dan sebagainya.

Menurutnya, pesta tersebut juga menyaksikan kemunculan artis terkenal Indonesia iaitu Cita Citata yang bakal menghiburkan hadirin dengan lagu-lagu dangdutnya.

“Selain pameran makanan, jualan kraf tangan dan ekspo, pesta tersebut juga diselitkan dengan pesta air iaitu regata terbuka,” katanya ditemui di Kuching, kelmarin.

Rozalix memberitahu bahawa pesta tersebut turut berlangsung serentak dengan Minggu Warisan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Justeru, orang ramai sekitar Bandar raya Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sadong Jaya, Asajaya dan seluruh negeri adalah dijemput datang memeriahkan pesta tersebut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13155

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12625

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news