Ahli parlimen GPS diarah sokong usul pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan 0 5696

KUCHING: Semua Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) diarahkan untuk menyokong usul berkaitan pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan arahan untuk semua Ahli Parlimen GPS untuk menyokong usul tersebut.

“Sebab itu, sebelum ini apabila anda (media) bertanya kepada saya tentang perkara tersebut saya memberitahu biarlah kerajaan persekutuan mengumumkannya.

“Ya, sudah tentu (mengarahkan semua Ahli Parlimen GPS menyokong usul ini kelak),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan kerajaan persekutuan untuk membentangkan pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung.

Ia akan dibentangkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kerja Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengenai hak sama rata Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong yang memberitahu cadangan pindaan berkaitan perkara tersebut dipersetujui dalam Kabinet pada Rabu lalu.

Liew menjelaskan, pindaan itu memerlukan dua pertiga suara majoriti di Dewan Rakyat yang mana Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai 135 Ahli Parlimen.

Sementara itu, Abang Johari menjelaskan antara perkara yang tidak dapat diputuskan di bawah Jawatankuasa Pemandu MA63 dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal adalah berkaitan duti setem.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lanjut perkara tersebut kerana masih dalam rundingan.

“Saya hanya menyebut duti setem kerana perkara ini sudah dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13129

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12502

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news