Penduduk Bintangor gempar dengan kehadiran buaya berhampiran perumahan 0 6396

BINTANGOR: Penduduk kawasan perumahan Taman Foh Phin di sini gempar apabila terlihat seekor buaya berukuran dua meter di atas jalan malam Jumaat lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata buaya tersebut berkemungkinan naik ke jalan dari Sungai Meradong yang jaraknya kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan orang awam kira-kira 7 malam.

“Pihak kami menggunakan tali, kain dan penjerut untuk menangkap buaya tersebut.

“Operasi ditamatkan setelah buaya berjaya ditangkap dan dibawa ke balai,” katanya menambah buaya itu telah diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation kira-kira 9.45 pagi hari semalam.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13143

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news