Ahli perniagaan ditipu RM6.7 juta oleh sindiket Macau Scam 0 5724

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan “Macau Scam”.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa terpedaya selepas mendapat panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan mengatakan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang belum diselesaikan.

Katanya, individu itu kemudian memaklumkan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang menggunakan identitinya bagi mendaftar satu perniagaan di Johor, namun mangsa menafikan.

“Individu berkenaan kemudiannya menyambungkan mangsa kepada seseorang kononnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Individu itu memberitahu mangsa kes itu sedang disiasat dan perlu hadir ke mahkamah. Disebabkan bimbang, mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberi sindiket dalam jumlah antara RM80,000 hingga RM500,000 bermula Oktober lalu hingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, DSP Ahmad Arifin kepada ketua jabatan yang baharu, Supt Ahmad Azizul Mohamed.

Mengulas lanjut Hasanuddin berkata, transaksi yang dibuat berjumlah RM6.7 juta dengan transaksi pertama sebanyak RM500,000 sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Penipuan membabitkan jumlah ini adalah paling besar tahun ini dan kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ancaman palsu serta sindiket penipuan termasuk menerusi panggilan telefon.

“Kita minta orang ramai maklumkan kepada polis bagi mengelakkan mereka kerugian. Dalam kes ini kemungkinan mangsa yang sudah berusia mudah tertipu,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13126

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12499

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news