Air Pancut Berirama Darul Hana sedang diaudit 0 6962

KUCHING: Projek Air Pancut Berirama Darul Hana kini sedang diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata Audit Negara perlu diberi ruang menyelesaikan kerja-kerja mereka tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong yang mahu kerajaan Sarawak mendedahkan secara spesifik projek itu.

Kerajaan negeri komited untuk memastikan akauntabiliti serta ketelusan dan DBKU sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan Pejabat Ketua Audit Negara untuk mengkaji secara teliti projek itu.

Projek tersebut disifatkan rumit, khusus dan telah melalui penilaian perunding profesional.Projek itu mematuhi sepenuhnya prosedur kewangan dan peruntukan kewangan kerajaan dan Peraturan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 1997.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news