AirAsia tambah perkhidmatan ke Sarawak 0 5974

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd meraikan laluan baharunya Kota Kinabalu-Sibu pada Selasa berikutan langkahnya memulakan perkhidmatan komersial baru-baru ini yang bertujuan untuk menambah rangkaian perhubungan ke Sarawak.

“Kami dengan penuh rasa gembira memulakan 2019 dengan perkhidmatan komersial baharu kami dari Kota Kinabalu ke Sibu dan Bintulu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam kenyataan pada Selasa.

Tahun lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu menerbangkan 1.2 juta tetamu dari dan ke Sibu dan lebih 669,000 tetamu masuk dan keluar Bintulu.

Airasia loves Sarawak!
“Kami komited untuk menambah rangkaian perhubungan antara Sarawak dan Sabah dan dengan tambahan dua penerbangan terus setiap hari dari Kota Kinabalu, kami menjangkakan jumlah pelawat ke Sibu akan mencatatkan peningkatan ketara, sekali gus menambah rangkaian perhubungan antara bandar raya peringkat kedua di Sabah/Sarawak,” katanya.

AirAsia kini beroperasi ke empat destinasi dari Sibu — Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu – dengan 90 penerbangan sehala seminggu, dan ke tiga destinasi dari Bintulu — Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu – dengan 56 penerbangan sehala seminggu.

Untuk meraikan perkhidmatan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang rendah daripada serendah RM59 dari Sibu ke Kota Kinabalu yang boleh ditempah menerusi airasia.com dan AirAsia mobile app dari sekarang sehingga 3 Feb, 2019 bagi perjalanan sehingga 31 Julai, 2019. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news