Banjir, ribut pasir landa Arab Saudi 0 6015

JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi menyebabkan bencana banjir, penutupan sekolah dan penglihatan tahap rendah, kata pihak berkuasa semalam sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga semasa cuaca buruk itu berlaku.

Portal media Arab Saudi, Arabnews melaporkan hujan melanda di bahagian utara dan barat negara itu kelmarin dan semalam, sementara ribut pasir melanda kawasan utama yang padat dengan penduduk.

Katanya, beberapa sekolah di Tabuk, Arar dan Al-Jawf terpaksa ditutup susulan banjir dan tahap penglihatan yang rendah di Riyadh serta tempat lain.

“Riyadh, Makkah, wilayah sempadan utara, Hail, Tabuk, Qassim, Madinah, wilayah timur, Asir, Jazan dan Al-Jawf sedang mengalami cuaca yang tidak stabil.

“Direktorat Pertahanan Awam meminta penduduk supaya tidak membahayakan diri dan keluarga dengan mengunjungi lembah-lembah dan kawasan merbahaya,” kata jurucakap Pertahanan Awam, Mejar Mohammed Al-Hammadi yang memberitahu Arab News.

Sementara itu, pihak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, dekat sini menggesa penumpang memeriksa jadual penerbangan yang dijangka mengalami kelewatan atau dibatalkan.

Pihak Berkuasa Umum bagi Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan hujan di bahagian utara dan barat sementara ribut pasir atau angin berdebu di beberapa bahagian di Arab Saudi. -Arab News. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news