Airod sumbang RM40,000 kepada Muhammad Adib 0 7870

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Airod Sdn. Bhd. (Airod) hari ini menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah ekoran insiden rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini.

Penyerahan cek kepada bapa mangsa, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 63, disempurnakan oleh Pengarah Urusan Airod , Datuk Seri Elkany Ahmad sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid.

Elkany berkata, ia merupakan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga Airod untuk membantu meringankan beban dan kesedihan yang kini sedang ditanggung Muhammad Adib dan keluarga.

“Meskipun jumlahnya tidak seberapa jika mahu dibandingkan pengorbanan yang sudah dilakukan beliau (Muhammad Adib), namun pihak kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban beliau,” katanya ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13143

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news