Lelaki tersepit selepas kereta dipandunya terbabas 0 5760

Lundu: Seorang pemandu tersepit di dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit berdekatan Kampung Serayan Ulu Lundu, di sini awal pagi hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima pada pukul 5.33 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 53 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di tepi jalan raya.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh bomba dan kemudian diberikan rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news