Ajal sampai ketika membelok ke pantai di Balingian 0 6043

MUKAH: Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Unser dalam kejadian meruntun hati di Kilometer 48, Jalan Mukah-Balingian di sini sekitar jam 8.20 pagi tadi.

Sumber polis Mukah memberitahu,
insiden berlaku apabila kedua-dua kenderaan tersebut sedang bergerak seiring dari arah Balingian menuju Bandar Mukah.

“Ketika kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa berada di bahagian hadapan dan hendak membelok memasuki simpang kanan jalan menuju ke arah pantai.

“Tindakan tersebut bagaimanapun gagal disedari oleh pemandu Toyota Unser yang berusia 57 tahun, lalu merempuh mangsa, biarpun telah cuba mengelak dengan memusing stereng ke arah kanan jalan.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa cedera parah sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian, yang disahkan kemudian oleh paramedik Hospital Mukah.

Mangsa yang malang kemudian dikenal pasti sebagai Zaidi Rapaee, 52 tahun, dari Kampung Masjid Balingian.

Polis Trafik Mukah sedang melakukan siasatan akan punca sebenar kemalangan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8393

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news