Warga emas dikhuatiri lemas di Pangkalan Panjang 0 5705

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Sarawak ketika “melepas hajat” di Pangkalan Panjang di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden sekitar jam 1.10 pagi tadi menerusi pemakluman Balai Polis Sentral.

“Sebuah jentera FRT, ambulans EMRS serta sebuah bot diatur gerak segera ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, dengan kekuatan 11 anggota.

Menurut saksi, yang juga pengawal keselamatan di kawasan tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Bujang Abdullah, 63 tahun dari Kampung Sungai Bedil Besar sebelum itu melepak di sekitar kawasan tersebut, sambil minum.

“Mangsa kemudian pergi ke jeti pangkalan tersebut dipercayai untuk melepaskan ‘hajat besar’ sebelum tiba-tiba ghaib, dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa terus tidak kelihatan selepas itu.

Komander Operasi Bomba, Aftar Singh memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan menggunakan “iron gripping” selain pencarian di permukaan air.

“Penglihatan yang terhad dan gelap membataskan operasi.

Tinjauan pagi ini  mendapati bantuan pasukan skuba telah tiba  untuk proses penyelamatan di dalam air yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Di Hata Gobel.

“Operasi pencarian permukaan pula kini diperluas sejauh satu kilometer meliputi kawasan Tebingan Kuching,” jelasnya lagi.

Sehingga berita ini ditulis, operasi masih berlangsung. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13406

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news