Aktor Idris Elba dinobat ‘lelaki paling seksi’ di dunia 0 5751

LOS ANGELES: Aktor Idris Elba, 46 yang disebut-sebut sebagai bakal membawakan watak ejen 007 James Bond, diumumkan sebagai lelaki paling seksi di dunia tahun ini oleh majalah People.

Artis kelahiran London itu mengakui pada mulanya tidak percaya dengan pengumuman majalah itu.

“Saya tersentak. Biar betul? Tapi jujurnya ia adalah kejutan yang cukup menyenangkan,” kata Elba kepada majalah hiburan itu.

Cukup dihormati sebagai antara pelakon terbaik Britain, Elba pernah memenangi anugerah Golden Globe untuk watak detektif dalam siri ‘Luther’ terbitan BBC, memegang watak Norse dalam filem Thor dan turut membarisi siri TV terbitan Amerika Syarikat berjudul ‘The Wire’.

Sejak diperkenalkan pada 1985, hanya dua artis bukan kulit putih pernah merangkul gelaran itu iaitu bintang Afrika-Amerika Denzel Washington pada 1996 dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, pada 2016.

Selain Elba gelaran itu pernah diberikan kepada Blake Shelton, Brad Pitt, George Clooney, Johnny Depp, Harrison Ford, Ryan Reynolds, Chris Hemsworth, Adam Levine, Channing Tatum dan David Beckham. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12968

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12248

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news