Amaran siap siaga banjir di Kuching-Mukah bermula esok 0 6003

KUCHING: Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri semalam memaklumkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada jam 1.30 tengah hari telah mengeluarkan Amaran Cuaca Waspada (Peringkat Kuning) akan hujan luar biasa yang dijangka menyimbah negeri ini bermula Khamis, 1 Februari hingga Sabtu, 3 Februari.

Antara lokasi terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sri Aman, Sibu dan Mukah.

“Semua Bilik Operasi Bencana Bahagian telah bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh.

“Bilik Gerakan Negeri dalam kesiapsiagaan bersedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa,” kata jurucakapnya, Ismail Mahedin.

Tegasnya, Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443 991 / 446 991, nombor faksimili 082-442 730 dan emel [email protected].

“Semua Pejabat Residen juga dimohon untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), selain memastikan aset-aset pengoperasian mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news