JIANGMEN: Seekor babi melahirkan anak aneh dengan belalai pada dahi dan wajah yang mirip manusia.
Daily Mail pada Ahad melaporkan, haiwan aneh tersebut memiliki sindrom “cyclops” yang menjadi punca pada penampilan anehnya itu.
Video anak babi berwajah aneh itu viral di media sosial pada 28 Jun lalu.
Rakaman video yang dikatakan dirakam di Jiangmen, Guangdong, China menunjukkan anak babi tanpa bulu itu kelihatan sukar bernafas dan bergerak normal.
Penampilannya itu dikaitkan dengan kemungkinan besar disebabkan gejala “holoprosencephaly” atau sindrom “cyclops” yang juga dikatakan turut dapat menimpa manusia.
Anak babi itu, bagaimanapun mati dua hari selepas dilahirkan.