Semangat berpasukan mampu bawa Belgium ke final 0 3052

ROBERTO Martine bersama pemain pasukan Belgium ketika latihan di Stadium Guchkovo. – Foto AFP

ST PETERSBURG: Belgium sudah lama tidak melalui situasi genting mara ke separuh akhir Piala Dunia, namun semangat berpasukan serta kesatuan antara setiap pemain mampu memastikan mereka melangkah ke pentas final, kata ketua jurulatih, Roberto Martinez. 

Skuad bimbingan Martinez akan bertemu pemenang Piala Dunia 1998, Perancis di Saint Petersburg awal pagi Rabu untuk menempah tiket ke final, kali pertama mereka melangkah ke pentas sama sejak 1986 yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di kedudukan keempat. 

“Setiap pemain sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan mereka berhak berada di tahap sekarang.  Saya rasa aspek yang paling penting ialah kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Skil dan bakat individu juga penting, tetapi dalam kejohanan seperti ini anda perlu beraksi sebagai sebuah pasukan. 

“Kami berada dalam situasi yang tidak tahu. Kami tidak pernah berada dalam situasi seperti ini dan sebab itu kami perlukan semangat berpasukan yang lebih tinggi apabila bertemu Perancis,” katanya.
 
Beliau dapat melihat persamaan antara Belgium dan Perancis, terutama apabila ia membabitkan kelebihan setiap pemain mereka. 

Belgium boleh berbangga dengan pemain seperti Romelu Lukaku, Eden Hazard dan Kevin De Bruyne sementara Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe menyinar bersama Perancis di Russia. 

Mbappe menyinar ketika Perancis mencatat kemenangan 4-3 ke atas Argentina pada pusingan kedua, namun Martinez berkata, pasukannya tidak akan menumpukan kepada seorang pemain saja. 

“Kedua-dua pasukan mempunyai campuran pemain muda dan berpengalaman serta ramai pemain berbakat. Kami perlu mengawal Mbappe. Kami juga perlu bertahan dengan baik. Tapi kami juga tidak akan lupa untuk mengawasi pergerakan barisan pemain Perancis yang lain.

“Barisan pemain saya perlu beraksi tanpa rasa takut untuk memanfaatkan segala peluang yang ada,” katanya. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13843

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8165

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news