Angka kematian akibat gempa bumi di Indonesia meningkat kepada 23 0 5807

JAKARTA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda kepulauan Maluku yang terpencil di Indonesia telah meningkat kepada 23 orang, kata agensi bencana semalam, ketika lebih 15,000 dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya ketika bangunan runtuh di sekeliling mereka dengan gegaran sekuat 6.5 magnitud mencetuskan tanah runtuh yang menimbus sekurang-kurangnya seorang mangsa kelmarin.

Antara kematian yang disahkan adalah seorang bayi, dengan ramai yang terkorban akibat ditimpa serpihan di dalam dan sekitar bandar Ambon yang dilanda gempa bumi.

“Jumlah keseluruhan yang terkorban adalah 23 orang,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana negara Agus Wibowo dalam satu kenya-taan.

Lebih 100 orang tercedera dan sekurang-kurangnya 15,000 terpaksa dipindahkan kerana rumah mereka rosak akibat gegaran yang kuat, tambah Wibowo.

Beratus-ratus rumah, pe-jabat, sekolah dan fasiliti awam turut mengalami kerosakan dalam bencana tersebut. Pihak berkuasa telah menyediakan beberapa khemah kecemasan dan dapur awam bagi penduduk yang dipindahkan di beberapa daerah.

Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat berkata gempa itu berlaku kira-kira 37 kilometer ke timur laut Ambon di wilayah Maluku pada kedalaman 29 kilo-meter.

Kepulauan Asia Tenggara itu merupakan salah sebuah negara paling cenderung mengalami bencana di Bumi.

Ia mengalami aktiviti gempa bumi dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik, di mana dataran tektonik bertembung.

Pada Ogos lalu, lima orang maut dan beberapa lagi ce-dera selepas gempa bumi bawah laut yang kuat meng-gegarkan Pulau Jawa yang mempunyai ramai penduduk di Indonesia.

Pada tahun lepas, gempa bumi berukuran 7.5 dan tsunami yang menyusul di Palu, Pulau Sulawesi, menyebabkan lebih 4,300 orang mati atau hilang.

Kekuatan impak me-nyaksikan seluruh kawasan kejiranan diratakan oleh pencecairan – proses di mana tanah mula berkelakuan se-perti cecair dan menelan tanah seperti pasir jerlus.

Hampir 60,000 orang masih tinggal di pusat penempatan sementara hampir setahun selepas dua bencana tersebut, kata Persatuan Palang Merah pada minggu ini. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news