Angkara budak nakal, orang awam sangka jumpa hantu Pocong di Bintulu 0 6908

BINTULU: Kemunculan pelik ‘Pocong Bintulu’ yang menghantui pengguna Jalan Sultan Iskandar, Bintulu sejak kebelakangan ini terbongkar susulan penemuan beberapa set telekung wanita disembunyikan di bahu jalan berkenaan.

Rakaman amatur sempat dirakam seorang pemandu kereta pada 7 malam semalam sebelum dimuatnaik ke laman sosial Facebook menjadikannya tular dalam kalangan netizen.

“Kebetulan saya dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan laluan berkenaan apabila tiba-tiba muncul satu objek menyerupai pocong di tepi pokok besar sebelum hilang.

“Mulanya memang rasa terkejut dan sedikit takut, namun saya yakin ia bukan pocong seperti yang kecoh diperkatakan, sebaliknya perbuatan budak nakal,” katanya yang enggan namanya didedahkan.

Difahamkan, kumpulan budak dipercayai berusia antara 7 hingga 9 tahun itu pernah dikejar pengguna lalu lintas, namun mereka pantas meloloskan diri.

Ia kemudian membawa kepada penemuan beberapa set telekung ditinggalkan di lokasi berkenaan.

Katanya, kegiatan menyamar sebagai pocong itu pernah menyebabkan berlaku kemalangan di lokasi berkenaan kerana pengguna lalu lintas terkejut dengan kemunculan objek berkenaan.

“Setakat ini, kumpulan kanak-kanak itu belum berjaya ditangkap. Namun, kita berharap mereka menghentikan perbuatan itu kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna lalu lintas, begitu juga diri mereka,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14376

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8242

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news