Anita Sarawak dilaporkan sakit 0 5799

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi kedengaran sejak penghibur terkemuka, Anita Sarawak, 66, tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni pada pertengahan 2011.

Diam tak diam, sudah hampir tujuh tahun Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita hilang daripada radar dunia hiburan.

Sejak tujuh tahun lalu jugalah macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.

Ada yang mengatakan Kak Nita masih tinggal di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dan ada juga sumber mendakwa penyanyi lagu Seksis serta Tragedi Buah Epal itu membina kediaman baharu dan menetap di Perancis, sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, heboh pula kisah mengatakan Kak Nita kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Peminat itu mendakwa, dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

“Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.

“Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.

“Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya,” kata peminat itu kepada BH Online, tahun lalu.

Tahun lalu juga, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet.

Kak Nita dan Mahathir dikatakan menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas, dengan harga kira-kira RM1.4 juta kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen, pada 31 Julai tahun lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suaminya masih bekerja sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan itu membeli kediaman baharu dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Kediamannya itu terletak kira-kira 22 minit dari Las Vegas Strip.

Penemuan itu secara tidak langsung dilihat memberi bayangan perkembangan Kak Nita yang selama ini dikatakan merajuk dan membawa diri. Ia juga menepis khabar angin yang mendakwa, Kak Nita dan suaminya sudah bercerai.

Bagaimanapun, khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.

Terlalu banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah. Mungkin ada benarnya Kak Nita kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu. Apa juga alasan dirinya memilih pusat rawatan di ibu kota, hanya dia yang tahu.

Apapun, jika benar Kak Nita ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, doakan yang terbaik buat superstar kesayangan ramai yang baik budi pekerti ini. Berkat doa peminat pada Ramadan, semoga Kak Nita beroleh kesembuhan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news