Remaja hamil ditinggal kekasih di Bintulu 0 5781

Bintulu: MALANG bagi remaja perempuan berusia 14 tahun selepas ditinggalkan teman lelakinya sejurus mengetahui remaja itu hamil.

Sumber berkata, berang dengan perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu melarikan diri, keluarga remaja berkenaan bertindak membuat laporan polis bagi mengesan individu terbabit.

Difahamkan, ibu bapa mangsa menganggap lelaki warga Indonesia itu sebagai ‘menantu’, namun tidak menyangka lelaki itu tergamak meninggalkan anak perempuan mereka.

“Berdasarkan laporan polis, lelaki berkenaan tinggal bersama keluarga itu sejak setahun lalu, malah sudah dianggap sebagai ‘menantu’ mereka.

“Namun, ibu bapa remaja itu tidak menyangka lelaki berkenaan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas mengetahui gadis itu hamil,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga gadis terbabit turut berusaha mencari lelaki berkenaan, namun menemui jalan buntu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. – Harian Metro 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news