Anwar Ibrahim dijadual buat penampilan sulung esok 0 5562

Poster sedang beredar di media sosial menggesa orang ramai supaya berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya, petang esok untuk meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang dijangka diberi pengampunan esok, dikatakan akan membuat penampilan pada jam 10 malam. Beliau kemudian akan berucap kepada hadirin pada jam 10.45 malam.

β€œHadirlah beramai-ramai. Kita sambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan laungan Reformasi,” kata poster itu, yang menyeru agar orang ramai berpakaian biru muda, yang adalah warna rasmi PKR.

Para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan juga dijangka hadir pada acara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara mereka.

Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.

Mahkamah juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas pemimpin pembangkang itu.

Anwar mendakwa bahawa tuduhan itu, sama seperti yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1999 apabila Dr Mahathir adalah perdana menteri, telah direkayasa.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kemenangan buat Pakatan Harapan, Mahathir berulang kali menegaskan bahawa bekas seteru politiknya itu akan diberi pengampunan.

Ini bagi membolehkan Anwar kembali ke politik secara aktif serta-merta.

Mahathir juga berjanji akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun akan datang.

Selepas beberapa penangguhan dan kenyataan yang bercanggah hingga menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi, semalam Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa mereka akan bertemu esok untuk memutuskan status Anwar.

Bekas ketua pembangkang kini berada di Hospital Pemulihan Cheras di Kuala Lumpur di mana dia sedang mendapat rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news