Anwar Ibrahim Presiden PKR baharu 0 5661

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR sekaligus mengambil alih jawatan tersebut dari isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Sehingga penerimaan borang pencalonan ditutup pukul 5 petang tadi hanya Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR.

Sementara Datuk Seri Azmin Ali yang dijangka akan mencabar jawatan Presiden memilih untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden sekaligus seperti membuktikan beliau setia kepada kepimpinan Anwar.

Azmin bakal ditentang oleh Rafizi Ramli yang turut menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presidn.

Sementara itu 10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan Naib Presiden iaitu William Leong, Micheal Tamil, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Prof Datuk Dr G. Balasubramaniam, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi jawatan Ketua AMK pula menyaksikan pertandingan antara Akmal Nasir, Najwan Halimi dan Dr Afif Bahardin. Jawatan Timbalan AMK antara Naqiuddin Nazrin, Mohd Hilman Idham dan Raymond Ahuar. 

Ketua Wanita PKR antara Haniza Talha dan Fuziah Salleh. Manakala Timbalan Wanita PKR antara Daroyah Alwi dan Rodziah Ismail.-UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news