Lembaga pengampunan diraja akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan pengampunan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 5 petang esok.
Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung
Namun, beliau positif Anwar akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.
“Saya diberitahu oleh peguam Anwar mengenai perkara ini dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu.
“Insyaallah (Anwar keluar) esok tapi kita tak dapat menjangkakan bila. Tetapi tentunya Anwar akan terus buat sidang media esok,” katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras sebentar tadi. – MK