Sultan Brunei pandu sendiri Mercedes Benz jumpa Tun M 0 5898

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Sultan Hassanal, yang memandu sendiri Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kereta, tiba kira-kira 11.45 pagi.

Putera baginda, Pengiran Abdul Mateen, duduk di sebelah Sultan Hassanal.

Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal di anjung Yayasan Kepimpinan Perdana.

Jurufoto yang menunggu di luar pintu pagar kedengaran memanggil Dr Mahathir untuk meminta beliau memandang ke arah kamera dan memberi gaya yang terbaik sambil menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal.

Sultan Hassanal dipercayai pemimpin asing pertama bertemu Dr Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bagi kali kedua pada Khamis lepas.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 11.28 pagi. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15151

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8386

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news