Api kemarahan membara di Selangau 0 5563

Pemecatan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Entulu Belaun telah membuatkan rakyat di Selangau gusar. Pemecatan dilakukan di ambang pengumuman nama calon di mana Joseph Entulu bakal dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan rakyat akar umbi tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden Tan Sri DR James Jemut Masing.

Dalam kesenyapan penduduk di bawah kerusi Selangau, api kemarahan tetap membara setelah Joseph Entulu dipecat oleh PRS. Joseph Entulu yang memperoleh 12,040 undi pada PRU-13 lepas masih mendapat sokongan dan dukungan rakyat akar umbi di Selangau. Dengan mendapat majoriti sebanyak 7,555 undi pada PRU-13 lepas dan mendapat jawatan sebagai seorang Menteri Persekutuan, rakyat akar umbi memang tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah dilakukan oleh PRS memecat Joseph Entulu.

Beliau masih layak serta berkebolehan untuk terus menjadi calon BN di Selangau namun tindakan PRS memecat beliau telah menidakkan pencalonan beliau mewakili BN. Persoalannya, adakah Joseph Entulu akan menyertai mana-mana parti politik lain di luar BN atau menjadi calon bebas untuk bertanding pada PRU-14 ini? Itu bakal disaksikan pada hari penamaan calon pada 28 April ini.

Joseph Entulu memang mengetahui yang momentum sokongan rakyat akar umbi di Selangau masih memihak kepada beliau. Sekarang terpulang kepada beliau untuk memasuki gelanggang pertarungan pada PRU-14 ini bagi membuktikan kepada PRS yang beliau calon yang tepat dan boleh menang di Selangau. Dengan status sebagai Menteri “care taker” beliau pasti mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan calon PRS-BN Rita Sarimah Insol yang tidak berapa dikenali serta diterima oleh penduduk akar umbi di Selangau.

Selangau yang tradisinya kubu kuat BN bakal terlepas ke tangan PH pada PRU- 14 ini sekiranya rakyat akar umbi melakukan protes melalui peti undi.

Difahamkan rakyat akar umbi memang akan menyokong PH di Selangau sekiranya Joseph Entulu tidak masuk ke gelanggang pertarungan pada PRU-14. Mereka amat terkilan dengan pemecatan Joseph Entulu kerana beliau merupakan seorang Menteri Persekutuan daripada mandat yang diberikan penduduk di Selangau pada PRU-13 lepas.

Walhal, dengan kedudukan sebagai seorang Menteri bermakna suara beliau lebih kuat dan di dengari oleh pemimpin tertinggi BN. Faktor ini yang menjadi inti pati protes dalam diam penduduk di Selangau pada ketika ini yang akan menyokong calon daripada PH sekiranya Joseph Entulu tidak memasuki gelanggang pertarungan pada PRU -14.

Kemarahan serta kekecewaan penyokong mana-mana parti politik pasti akan memberi impak yang besar kepada sesebuah parti yang menyertai mana-mana Pilihan Raya.

Sudah pasti BN mengetahui perkara ini dan berusaha untuk memujuk rakyat di akar umbi. Namun, harus diingat, zaman sekarang dengan impak teknologi, rakyat makin celik politik serta matang dalam membuat keputusan. Kebijaksanaan rakyat sebagai pemilih jangan diperlekehkan. Ini kerana kuasa di tangan rakyat.

Seperti kehangatan di Lubok Antu, Selangau pasti akan bergegar dan jaminan kemenangan BN tidak mudah seperti beberapa PRU sebelum ini. PH pasti sudah memasang strategi yang ampuh dengan mencalonkan calon anak tempatan yang berkaliber dan dikenali penduduk di kedua-dua kawasan.

Peluang amat cerah untuk menembusi benteng BN di Selangau dan Lubok Antu dengan berlakunya krisis calon pada PRU -14 ini.

Kemeriahan serta kehangatan berkempen pasti menyemarakkan lagi pesta demokrasi di Selangau selepas penamaan calon pada 28 April ini. BN mungkin akan kehilangan Selangau sekiranya rakyat di Selangau betul-betul memberontak dengan pemecatan Joseph Entulu oleh PRS.

Ini kerana rakyat ingin memberi pengajaran kepada keegoan sesetengah pemimpin dalam membuat keputusan yang tidak diterima oleh rakyat akar umbi. –Sarawakvoice

Penulis ialah penganalisis politik dan pensyarah politik di Universiti Malaysia Sarawak.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8137

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news