Arab Saudi terima jemaah umrah asing mulai 1 November 0 5421

Arab Saudi terima jemaah umrah asing mulai 1 November

MAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia berusia antara 18 hingga 50 tahun akan dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka mulai 1 November ini.

Dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, antara arahan yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah adalah jemaah perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sewaktu ketibaan di negara itu.

Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah, kesemua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementerian dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara.

Menurut peraturan itu, jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.

Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.

Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.

Peraturan itu termasuklah tempahan bagi tempat penginapan yang komprehensif yang turut membabitkan sekurang-kurangnya tiga kali hidangan sehari sepanjang tempoh tiga hari kuarantin.

Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuklah tarikh lahir yang masuk ke dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.

Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.

Selain itu, maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan juga.

Ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data ini malah berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat tidak benar.

Kementerian juga menyatakan, jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.

Kementerian Haji dan Umrah turut menyatakan bahawa kementerian itu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar serta pihak berkuasa lain yang berkaitan dalam menentukan negara mana yang boleh menghantar jemaah dan kuota jemaah.

Ia sejajar dengan klasifikasi dari segi pematuhan terhadap langkah-langkah pencegahan dan keperluan untuk negara masing-masing.

Kementerian juga memberikan akreditasi kepada penyedia perkhidmatan yang berkelayakan seperti hotel dan syarikat pengangkutan sesuai dengan kawalan fasa yang luar biasa ini dan keperluan pencegahan dan protokol kesihatan.

Kementerian mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk mempamerkan perkhidmatan mereka melalui platform pemasaran elektronik yang diluluskan dalam sistem tempahan pusat dan perakuan elektronik Saudi oleh Kementerian Luar serta Kementerian Haji dan Umrah untuk kontrak yang disepakati antara ejen asing dan penyedia perkhidmatan umrah. – AGENSI – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news