Kurangkan kos ujian Covid-19 kepada RM50 0 5499

Kurangkan kos ujian Covid-19 kepada RM50

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan mengurangkan kos ujian Covid-19 daripada RM150 kepada RM50 untuk penduduk yang tinggal di kawasan yang mencatatkan kes Covid-19.

Dalam surat kepada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam, Charles menyorot bahawa penduduk menjadi panik kerana semakin banyak kawasan berubah menjadi zon merah Covid-19 di Klang, dan mereka bimbang akan keselamatan mereka sendiri dan anggota keluarga mereka.

“Pejabat saya telah menerima makiuman bahawa beberapa kawasan perumahan telah merekodkan kes positif Covid-19 namun timbul persoalan mengapa saringan tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada penduduk berjiran atau berdekatan untuk mengetahui status mereka.

“Malahan penduduk kawasan mendapati mereka pula perlu menampung kos RM150 setiap seorang untuk saringan Covid-19 di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mempertimbangkan pengurangan kos ujian saringan Covid-19 dari RM 150 kepada RM 50 bagi penduduk dari kawasan yang merekodkan kes positif Covid-19,” katanya.

Charles Santiago 

Tambah pemimpin DAP itu, langkah berkenaan akan dapat menjamin keselamatan penduduk, mengurangkan risiko dijangkiti dan meringankan beban kewangan pada penduduk yang perlu membuat pemeriksaan Covid-19.

Klang adalah kawasan pertama di Selangor yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) pada 9 Oktober selepas negara dilanda gelombang ketiga penularan Covid-19.

Pada 14 Oktober, Putrajaya mengenakan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

Sehingga tengah hari semalam, negara mencatatkan 23,804 kes Covid dan 204 kematian.

Kes aktif melebihi paras 8,000 buat pertama kalinya.

Sebanyak 26 daerah kesihatan dan 46 kawasan di seluruh Malaysia disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 setakat 20 Oktober. – Malaysia Kini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news