Baru Bian arah siasatan terperinci kes guru cabul, liwat murid 0 5848

LAWAS: Menteri Kerja Raya Baru Bian (gambar) mahu polis membuat siasatan rapi berhubung kes cabul dan liwat membabitkan seorang guru terhadap lima murid sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan itu mahu siasatan menyeluruh dijalankan agar kes yang mengejutkan orang ramai itu mendapat pengadilan sewajarnya.

“Sangat mendukacitakan sekiranya seorang guru yang diharap mendidik dan mengasuh anak anak tergamak melakukan tindakan tidak bermoral ini.

“Kalau hasil siasatan (mendapati kes) itu benar maka pelaku tersebut harus dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau turut menyeru semua pihak untuk menangani sebarang bentuk salah guna kuasa dan kecurangan moral yang berlaku dalam masyarakat.

Menurutnya, masyarakat harus berani tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa terutama sekali kepada pihak polis.

“Kita tidak boleh membiarkan kegiatan jenayah terus menular dan pelakunya bebas melepaskan diri dari tindakan undang undang,” katanya lagi.

Sabtu lalu, seorang guru berasal dari Johor ditahan di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu di Sabah selepas disyaki terlibat dalam kes cabul dan liwat membabitkan lima orang murid sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Ketua Polis Derah Lawas Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil siasatan lanjut, pihaknya tidak menolak masih ada beberapa lagi mangsa yang belum membuat laporan terhadap suspek.

Abang Zainal berkata tahanan reman terhadap suspek dijangka akan disambung setelah perintah reman tamat pada Selasa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13433

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news