Asteroid dijangka terhempas ke bumi pada tahun 2135 0 5692

SEBUAH asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135. Itu amaran para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Asteroid gergasi yang diberi nama Bennu itu berkelebaran lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic, menurut METRO News.

Para saintis telah meramalkan asteroid tersebut akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, menurut The Sun.NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Namun begitu, saintis telah memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata,”menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.

”HAMMER hanya berukuran 9 meter tinggi dengan berat hampir 9 tan. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13437

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news