Asteroid hampir hentam bumi minggu lalu? 0 5836

WASHINGTON: Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak dikenal pasti hampir melanggar Bumi pada Ahad lepas.

Menurut laporan daripada Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), asteroid sepanjang 110m itu menghampiri Bumi pada jarak 192,500km iaitu jarak yang separuh daripada kedudukan planet kita dengan Bulan.

Berdasarkan pemerhatian NASA, asteroid yang dikenali sebagai ‘2018 GE3’ itu direkodkan sebagai asteroid yang paling hampir melepasi Bumi.

Memetik laporan Earthsky.org, asteroid itu mempunyai bentuk seperti pesawat Apollo dan bergerak dengan kelajuan 66,174 batu setiap jam.

“Sekiranya asteroid itu memasuki kawasan atmosfera Bumi, sebahagian besar kawasan kita akan musnah akibat pergeseran dengan angin,” kata laporan itu.

Asteroid ‘2018 GE3’ mempunyai keluasan besar, iaitu tiga hingga enam kali daripada saiz batu meteor yang mendarat di Chelyabinsk, Russia pada Februari 2013.

Asteroid ‘2018 GE3’ pertama kali dikenal pasti di Catalina Sky Survey di Arizona. – Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news