Azmin, Rafizi berpelukan jadi isyarat ‘perang’ berakhir 0 6103

SHAH ALAM: Teguran dan sindiran perwakilan Perlis, Tengku Nazeri Tengku Aldin, menyatukan semula dua calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli.

Tengku Nazeri ketika membahaskan ucapan dasar presiden menggesa dua individu itu supaya menghentikan pergeseran yang timbul sepanjang Pemilihan PKR 2018.

“Secara tegas saya nyatakan, secara jelas saya nyatakan kita gagal. Kita berkelahi, bergaduh kerana nak tunjuk siapa lagi hebat, kita sanggup bergaduh dengan kawan-kawan.

“Saya meminta kumpulan Rafizi, Azmin, hentikanlah (perbalahan), masa (pemilihan) dah habis. Buktikan betapa kita cinta dan sayangkan parti ini,” katanya.

Sejurus teguran oleh Tengku Nazeri itu, Mohamed Azmin dan Rafizi bersama-sama mengangkat tangan serta berpelukan ibarat memberi isyarat bahawa pertelingkahan antara mereka sudah berakhir.

Mohd Rafizi yang ditemui selepas itu berkata, perbezaan dalam sesuatu organisasi jika diuruskan dengan baik, adalah cukup baik.

“Apa yang penting, kita memastikan perbezaan diuruskan dengan objektif, beradab dan tersusun. Mesej yang disampaikan di kongres, mungkin meredakan keadaan.

“Akhirnya kita semua, setia kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya serahkan kepada Anwar untuk memastikan supaya budaya dan tertib parti dapat diamalkan, diuruskan dengan sihat,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news