Sumbangan diperlukan untuk bina Sekolah Agama Integrasi pertama di Sibu 0 5959

SIBU: Sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi merealisasikan Sekolah Agama Integrasi pertama di Sibu.

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee sebanyak RM3.8 juta diperlukan untuk mewujudkan sekolah integrasi berkenaan.

“Pada masa ini kita mempunyai dana sebanyak RM1.8 juta…jadi kita masih kekurangan dana sebanyak RM2 juta lagi untuk melaksanakannya.

“Oleh itu, saya juga akan mewujudkan (skim) wakaf supaya memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada pembinaan sekolah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Pertandingan Hoki Lima Sebelah Tertutup Sibu 2018 Pialaa DUN Nangka di Padang Futsal Kampung Dato Baru, hari ini.

Jelas beliau, sekolah integerasi berkenaan adalah untuk menaik taraf sekolah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (Lakis) yang terletak di Masjid An-Nur Sibu, bukan menutup sekolah yang lama dan membuka sekolah yang baru.

Tambahnya, sekolah itu akan mempunyai ienam buah kelas sekolah rendah, dan setiap kelas bakal menempatkan 25 orang murid. Beliau juga berkata, struktur pembelajarannya adalah secara integrasi iaitu berlainan daripada sekolah lain, dimana pembelajaran al-quran dan juga akademik akan disatukan.

“Konsepnya lain…ianya menekankan pendidikan al-quran, fardhu ain dan juga akademik. “Sekolah itu juga nanti akan menjadi landasan untuk murid kita melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi di Semenanjung Malaysia,” katanya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13149

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news