Bagaimana GPS akan pandu Sarawak? 0 5621

Empat parti pemerintah Sarawak hari ini secara rasmi mengumumkan apa yang barangkali sudah dijangka ramai – keluar daripada gabungan BN.

Ia bermula dengan kenyataan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 16 Mei lalu bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan dalam BN, sehinggalah kepada pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Apa yang masih menjadi tanda tanya adalah bagaimana empat parti itu – yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) – akan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

GPS merangkumi PBB, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). –

Penganalisis politik berpandangan langkah itu sudah mula difikirkan pemimpin parti sebaik saja tumbangnya BN pada PRU ke-14.

“Kerisauan mereka adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang perlu dijalankan paling lewat pada 2021. Dengan jenama BN sudah begitu tercemar, mereka tiada pilihan lain,” kata Pengarah Institut Asia di University of Tasmania Australia James Chin kepada Malaysiakini.

“Perkara penting bagi mereka adalah menjaga kepentingan Sarawak dan memastikan janji penurunan kuasa kepada mereka ditunaikan. HARAPAN pula mentadbir dengan majoriti mudah, maka apa saja sokongan dari Sarawak dialu-alukan,” kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Faisal Hazis.

Mahathir sendiri mengakui perkara itu dengan berkata perkembangan itu mengukuhkan lagi HARAPAN di Parlimen.

GPS membawa 19 kerusi bersama mereka – PBB mendahului dengan 13 kerusi, diikuti PRS (3), PDP (2) dan SUPP (1).

HARAPAN berdepan isu moral

Faisal berkata langkah itu boleh dilihat sebagai usaha mengelak daripada dikalahkan HARAPAN pada PRN akan datang – dengan kata lain, menyelamatkan kerjaya politik masing-masing.

Namun, kata Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) itu lagi, GPS tetap perlu memperkenalkan pembaharuan dalam politik negeri antaranya dalam aspek kedaulatan undang-undang serta pemisahan politik dalam perkhidmatan awam dan projek pembangunan.

“Mereka perlu tangani isu ini dan perkenalkan reformasi, jika tidak saya fikir kerjasama GPS dengan HARAPAN akan dipersoalkan,” katanya lagi.

Beliau mendakwa PBB sebagai “Umno di Sarawak”, sebuah parti yang mengamalkan politik elit dan terpisah dengan rakyat terbanyak.

“Rakyat menolak politik seumpama itu pada PRU lalu. Jika mereka gagal mengubah parti, bagaimana mahu mengubah seluruh sistem di negeri itu?

“Ini juga isu moral yang perlu dihadapi kerajaan HARAPAN. Adakah mereka akan tutup sebelah mata terhadap dakwaan korupsi hanya kerana mahu sokongan GSP?” katanya lagi.

Kembali ke 1987

Chin pula membangkitkan soal aturan politik di negeri itu memandangkan kedua-dua pemerintah dan pembangkang negeri kini menyokong kerajaan pusat.

“Kini HARAPAN adalah pembangkang negeri tetapi mereka memegang kuasa di pusat.

“Bagaimana jika kerajaan pusat berkata Sarawak hanya akan mendapat semula kuasa dalam Perjanjian Malaysia 1963 jika HARAPAN negeri menang pada PRN akan datang?” soalnya lagi. – Malaysiakini 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news