Remaja maut motosikal terbabas di Miri 0 5595

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal diboncengnya terlibat kemalangan kendiri di Jalan Miri – Airport berhadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati motosikal dari arah pusat bandar ke Bintulu, apabila sampai di Jalan Miri – Airport di hadapan pejabat JPJ, ianya dipercayai terbabas ke pembahagi jalan.

“Pembonceng motosikal itu maut di tempat kejadian manakala penunggangnya juga remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Lim berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo Online

oleh
Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13843

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8165

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news