Bajet 2019- Projek Lebuhraya Pan Borneo diteruskan 0 6380

BELANJAWAN 2019 l Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Selain itu, Lim ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan juga memperuntukkan masing-masing RM5.009 bilion kepada Sabah dan RM4.346 bilion bagi Sarawak tahun depan dalam usaha memastikan kedua-dua negeri tersebut terus dibangunkan.

Ini berbanding RM4.133 bilion untuk Sabah dan RM4.336 bilion bagi Sarawak yang diperuntukkan dalam belanjawan 2018.

“Projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan serta pembangunan koridor ekonomi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menyediakan RM100 juta untuk menaik taraf jalan, projek sistem bekalan air, membina dan menaik taraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan bagi petempatan Felda, iaitu peningkatan 51 peratus berbanding peruntukan lalu.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan RM100 juta untuk menyokong komuniti India termasuk latihan teknikal dan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya belia India serta RM100 juta lagi untuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Dalam meneruskan komitmen kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan kemudahan asas terutamanya di luar bandar, kerajaan mencadangkan peruntukan RM926 juta diberi untuk membina dan menaik taraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan, katanya.

Sejumlah RM694 juta dan RM738 juta pula masing-masing akan diberi bagi meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar, kata Lim.

Di samping itu, kerajaan turut menyediakan RM85 juta untuk kampung baharu bagi menaik taraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.

Lim berkata kerajaan juga mencadangkan sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi tujuan menjalankan aktiviti komuniti, keselamatan, pembersihan danprogram kejiranan.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news