Belanjawan 2019- Bersifat populis, peruntukan untuk Sarawak kurang menarik: Abdullah Saidol 0 5919

KUCHING: Belanjawan 2019 disifatkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol sebagai populis.

Menurutnya, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat mengambil pendekatan populis sama seperti manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Pakatan Harapan (PH).

“Nampak cantik di atas kertas tapi dicurigai dari segi pelaksanaan serta impak kepada kesejahteraan rakyat,” katanya mengulas mengenai belanjawan tersebut.

“Menteri Kewangan mengatakan bahawa belanjawan ini distruktur berdasarkan kepada sistem ‘Zero-Based Budgeting.

’“Persoalan saya ialah bagaimanakah mereka akan menunaikan agenda-agenda dalam belanjawan mereka sedangkan dalam keadaan mereka sendiri tidak mempunyai gambaran jelas tentang keupayaan kewangan,” tambahnya.

Malah, beliau turut mempersoalkan peruntukan yang tidak menarik kepada Sarawak. Juga, PH gagal memberi keyakinan yang jelas tentang pembangunan luar bandar.

“Saya rasa ada nada ‘kurang yakin’ kerajaan persekutuan PH sendiri dalam kesungguhan dan kejujuran utk melaksanakan agenda dan polisi belanjawan mereka.

“Ini kerana Menteri Kewangan kerap bercakap tentang pelbagai tuduhan dan alasan yang menggambarkan kelemahan mereka sendiri,” katanya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13132

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12505

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news