Bangkai pesawat Lion Air berjaya dikesan 0 5697

JAKARTA: Ketua angkatan tentera Indonesia yakin pasukan mencari dan menyelamat sudah menjumpai bangkai pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut bersama 189 penumpang dan anak kapal, katanya kepada televisyen tempatan, hari ini.

“Kami yakin sudah menjumpai bangkai pesawat JT610,” kata Hadi Tjahjanto kepada TV One, merujuk kepada pesawat milik syarikat tambang murah negara itu.

Pasukan mencari dan menyelamat sudah mempunyai koordinat lokasi tetapi perlu mengesahkan sama ada ia adalah fiuslaj (bangkai pesawat),” katanya.

Indonesia sudah mengerah pasukan mencari menggunakan alat ‘pengesan ping’ untuk mencari kota hitam pesawat yang menyimpan perakam suara dan data penerbangan di lokasi pesawat itu terhempas.

“Petang semalam, pasukan penyelamat mendengar isyarat ‘ping’ pada jarak kedalaman 35 meter. Pagi ini pasukan penyelam memulakan semula menyelam seawal 5 pagi di lokasi terbabit” kata timbalan ketua panel keselamatan pengangkutan kebangsaan, Haryo Satmiko, kepada Reuters. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13415

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12887

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news