Bakal Menentang Chieng Jen, Dr. Sim Akui Tidak Gentar 0 5616

KUCHING – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Stampin, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian tidak gentar berdepan dengan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, beliau menyerahkan kepada penduduk di kawasan itu bagi melihat kembali kerja-kerja, pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa sepanjang perkhidmatannya di Sarawak.

“Saya tidak mahu pengundi di sini tengok sahaja kerana parti pembangkang sepertinya tidak membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Saya mahu terus berkhidmat terutama dalam memperjuangkan masalah kesihatan di seluruh Sarawak kerana isu kesihatan merupakan perkara yang disenaraikan dalam kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini sebentar tadi.

Tambahnya, beliau bertekad mahu mengembalikan kerusi parlimen itu kepada BN.

“Saya mahu memastikan seberapa banyak kerja yang boleh dibuat dalam menjaga kebajikan dan mengembalikan hak-hak Sarawak memandangkan ini mungkin menjadi perkhidmatan terakhir kepada rakyat Sarawak,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news