Bantu usahawan wanita daftar lesen perniagaan 0 5509

Bantu usahawan wanita daftar lesen perniagaan

MUKAH: Golongan usahawan khususnya wanita di negeri ini akan dibantu bagi membolehkan mereka memiliki lesen perniagaan.

Sehubungan itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa golongan wanita untuk membuat lesen peniagaan bagi memudahkan permohonan bantuan dan kemudahan yang diberi oleh kerajaan.

“Saya tekankan mesti ada perniagaan. Usahakan mesti ada lesen tersebut. Kekangan yang dihadapi wanita untuk mendapatkan lesen ialah kepentingan komersial. Jadi kita minta SEDC membantu wanita sebagai kepentingan komersial.

Selain itu pihak CENTEXS dan Pejabat Jabatan wanita di kawasan tertentu juga turut membantu supaya wanita dapat memenuhi syarat lesen perniagaan.

Lesen tersebut akan membantu wanita dari segi modal dan peralatan dan kemudahan lain yag ditawarkan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Wacana Ilmu – Wanita Inspirasiku (WINS) di Mukah pada Selasa.

‘Program Wacana Ilmu – Wanita Inspirasiku (WINS) Kemas 2020’ merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkenal serta mempromosi produk Usahawan Bimbingan Kemas secara terbuka.

Justeru beliau yakin dan percaya program itu mampu meningkat dan memupuk semangat dan daya saing dalam kalangan usahawan luar bandar dan kebolehpasaran produk luar bandar ke peringkat yang lebih komersial.

Turut hadir, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) & UKAS, Abdullah Saidol dan ADUN Tellian Yussibnosh Balo. – Sarawak Voice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news