Bantuan mula melimpahi Palu 0 6042

PALU: Bantuan tiba semalam di Palu yang musnah akibat bencana selepas kelewatan selama beberapa hari manakala usaha dipertingkatkan untuk sampai kepada 200,000 orang yang amat memerlukan bantuan ekoran gempa bumidan tsunami dahsyat yang berlaku di bandar Indonesia itu.

Pesawat yang membawa muatan makanan, air bersih dan barang keperluan lain dipunggah di Palu, Pulau Sulawesi, di mana sekurang-kurangnya 1,649 orang maut apabila gempa bumi kuat dan tsunami meratakan beberapa bahagian diwilayah tersebut.

Penjarah menggeledah kedai selepas bencana berlaku lebih seminggu lalu, apabila makanan dan air kehabisan dan konvoi yang membawa bantuan untuk menyelamatkan nyawa lambat tiba.

Namun bantuan antarabangsa yang perlahan ke Palu dan usaha tempatan untuk membantu mangsa selamat telah dipercepatkan sejak beberapa hari lalu.

Lebih 82,000 anggota tentera dan awam, selain sukarelawan, telah pergi bandar yang musnah itu manakala helikopter tentera Indonesia menjalankan misi untuk menghantar bekalan ke tempat terpencil di wilayah berkenaan yang disekat sebelum ini bencana itu.

“Mereka amat memerlukan kerana jalan terputus dan ia hanya dapat diakses dari udara,” kata Leftenan Kedua Reinaldo Apri kepada AFP selepas dia menerbangkan helikopter ke daerah Lindu, kira-kira 40 kilometer ke selatan Palu.

Bertan-tan sumbangan dari Australia dan Amerika Syarikat sampai di Palu pada pagi semalam di atas pesawat tentera Hercules.

Sebuah pesawat yang ditempah oleh kumpulan ‘Save the Children’ juga dijangka akan mendarat di bandar tepi pantai itu dengan tempat perlindungan kecemasan dan alat penulenan air, bersama sebuah lagi pesawat yang membawa sebuah pasukan perubatan dari Afrika Selatan.

Pasukan pekerja Palang Merah Indonesia mendirikan gudang dan bergerak untuk membahagikan bekalan di wilayah berkenaan, di mana bencana berkembar itu menjadikan seluruh kawasan kejirananumpama padang jarak padang tekukur.

Namun pekerja bantuan berdepan dengantugasan yang amat berat.Membawa bekalan penting ke kawasan terjejas ternyata amat mencabar, dengan hanya beberapa penerbangan sahaja yang dapat mendarat di lapangan terbangkecil di Palu, yang memaksa pekerja bantuan untuk melakukan perjalanan darat yang meletihkan.

Puluhan ribu yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana itu tinggal bertaburan di dalam dan luar Palu, kebanyakannya tinggal di luar rumah mereka yang musnah atau di kem sementara dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Di pasar utama Palu, ratusan orang menunggu dalam barisan untuk mendapatkan barang makanan asas yangdibahagikan oleh askar.

“Tidak ada tempat lain untuk mendapatkan makanan, tidak ada tempat dibuka,” kata Sela Fauziah, 18, ketika dia berbaris untuk mendapatkan barang bantuan.

Manakala bantuan perlahan-lahan tiba di wilayah terbabit, mangsa selamat yang keletihan menuju ke arah bertentangan.

Ribuan sudah meninggalkan Palu untuk pergi ke bandar berdekatan, kebanyakannya menunggu selama berhari-hari untuk menaiki pesawat tentera.

Anam adalah antara 100 orang awam di lapangan terbang Palu yang cukup bernasib baik untuk menaiki pesawat tentera Hercules semalam.

“Saya gembira untuk akhirnya mendapatkan pesawat. Saya sudah menunggu selama tiga hari,” kata lelaki berusia 33 tahun itu kepada AFP.

Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, berkata orang yang terperangkap tidak mungkin masih hidup selepas sekian lama.

“Ini adalah Hari 10. Ia pasti satu keajaiban untuk menemukan seseorang yang masih hidup,” katanya kepada AFP semalam.

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah besar mayat yang reput masih tertimbus di bawah tanah dan konkrit selepas penyelamat berdepan dengan kesukaran untuk mengeluarkan mayat yang terperangkap dalam tanah, selepas tanah mengeras di bawah sinaran matahari tropika.

Sementara hospital penuh sesak dan kekurangan kakitangan dan bekalan, pasukan perubatan belum lagi sampai ke beberapa perkampungan jauh yang paling teruk terjejas.

“Pada hari ini, pasukan saya dan saya mahu pergi ke Sigi, kerana kawasan itu belum disentuh oleh paramedik,” kata Dr Arsanto Tri Widodo kepada AFP, yang merujuk kepada salah sebuah kawasan paling teruk terjejas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu padaJumaat lepas menyatakan ia sedang mencari AS$50.5 juta (RM202 juta) “untuk bantuan segera” bagi membantu mangsa. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13449

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news